11 June 2009

Himpunan Blog Pahang menyokong kempen Satu Sekolah Untuk Semua

Assalamualaikum dan salam perpaduan buat semua Blogger Pahang,

Himpunan Blog Pahang tertarik dengan kempen yang dijalankan oleh komuniti blogger pada masa kini. Pada pendapat Himpunan Blog Pahang (pendapat peribadi), demi perpaduan untuk seluruh rakyat, adalah wajar dan amat perlu disokong kempen ini.

Bagi rakyat yang cintakan perpaduan rasanya memang akan menyokong sepenuh hati. Namun, bimbang kalau-kalau kempen ini dianggap perkauman sedangkan tujuannya menyatu padukan kanak-kanak di sekolah rendah lagi dengan penekanan kepada bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan kanak-kanak tidak diasing-asing melalui Sekolah Jenis Kebangsaan (menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil). Biarlah hanya Sekolah Kebangsaan yang menguna pakai bahasa Kebangsaan dijadikan tempat menyatukan seluruh kanak-kanak Malaysia.

Sebagai tanda menyokong usaha ini, Himpunan Blog Pahang meletakkan logo kempen tersebut di blog ini.

Nota: Sokongan ini merupakan sokongan peribadi, dan ianya tidak menunjukkan sokongan kesemua ahli blog yang bernaung di bawah Himpunan Blog Pahang. Para blogger Pahang di bawah naungan Himpunan Blog Pahang mempunyai pendirian peribadi masing-masing berhubung kempen ini. Harap maklum.

"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"

"Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa"

Salam Perpaduan & Budi Bahasa.

Himpunan Blog Pahang

4 comments:

Mat Cendana said...

Wah, sini pun ada macam "Kelantan Bloggers" jugak ye!:-) Bagus, Bagus - Directory begini memang patut ada untuk tiap-tiap negeri. Bukanlah nak tiupkan semangat kenegerian yang sempit, tapi sebagai berkenalan, serta mudah nak cari orang dan blog tertentu bila ada begini. Maklumlah, Blogosphere ni luas.

BLOGGERS MALAYSIA said...

Anda dijemput mendaftar di
http://bloggersmalaysia.blogspot.com

Wira said...

Kalau tak buat gini tak keney
pulok mane satu rodonc sekampong.

Koi pun nyokong mende2 gini.

SUARA ORANG MUDA..... said...

salam. syabas utk blog ini cuma blog adun bukit ibam ada laman blog baru iaitu adunbukitibamn40.blogspot.com tq