03 September 2009

Salam Ramadhan & Salam Merdeka & Portal Kempen SSS

Assalamualaikum dan salam perpaduan buat semua Blogger Pahang,

Pertamanya, keh/kah/koi/kawan ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua warga pengunjung Himpunan Blog Pahang yang beragama Islam. Rasanya tidak ada istilah terlewat dalam mengucapkan perkara-perkara yang baik. ;) Betul ke? (Kalau awok/aok jawab TAK, kah/keh/koi/kawan pulas telinga awok/aok!).

Keduanya, kawan/kah/keh/koi ingin mengucapkan Salam Merdeka bersempena Hari Kemerdekaan negara tercinta Malaysia pada 31 Ogos yang lepas. Maaf kerana agak terlewat membuat ucapan kerana sibuk dengan rutin harian.

Apa yang penting kah/keh/koi/kawan ada mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan di kereta. Orang Pahang kita pulok goneh? Tengok siapa? Awok/Aok la weh. Haha. Tak apa la kalau tak ada pun, yang penting kita sayangkan negara kita, negara tanah tumpah darah kita kan? :)

Ketiganya, keh/koi/kawan nak jawab salam daripada semua yang bagi salam kat kawan/kah/keh/koi. Waalaikummussalam warah matullah... Lega rasanya. Nak jawab satu-satu di bahagian komen, tak daya rasanya...banyakkkk!! Koi/kah/keh/kawan himpunkan (jamakkan) saja kat sini. Boleh kan? :P

Keempatnya, keh/kah/koi/kawan ada dapat jemputan dari pengendali Portal Satu Sekolah Untuk Semua (SSS). Klik sini. Tak sangka! Terima kasih atas jemputan. Kawan/kah/keh/koi tengok bagus juga Portal tu. Jadi koi/keh/kah/kawan ajak semua orang Pahang ramai-ramai jenguk ke Portal tu.

Ni jemputan dia (Jemput baca dan luangkan masa melawat Portal SSS tu):

Tuan,

Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan secara am seperti dibawah:-

Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots displaying SSS Logo”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini apabila anda telah mempamirkan logo SSS di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap Kempen SSS ini. ______________________

It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots displaying SSS Logo). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by displaying SSS logo at your blog site. Thank you for your continuous support toward the SSS campaign.

Terima kasih.

Satu Sekolah Untuk Semua

11 June 2009

Himpunan Blog Pahang menyokong kempen Satu Sekolah Untuk Semua

Assalamualaikum dan salam perpaduan buat semua Blogger Pahang,

Himpunan Blog Pahang tertarik dengan kempen yang dijalankan oleh komuniti blogger pada masa kini. Pada pendapat Himpunan Blog Pahang (pendapat peribadi), demi perpaduan untuk seluruh rakyat, adalah wajar dan amat perlu disokong kempen ini.

Bagi rakyat yang cintakan perpaduan rasanya memang akan menyokong sepenuh hati. Namun, bimbang kalau-kalau kempen ini dianggap perkauman sedangkan tujuannya menyatu padukan kanak-kanak di sekolah rendah lagi dengan penekanan kepada bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan kanak-kanak tidak diasing-asing melalui Sekolah Jenis Kebangsaan (menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil). Biarlah hanya Sekolah Kebangsaan yang menguna pakai bahasa Kebangsaan dijadikan tempat menyatukan seluruh kanak-kanak Malaysia.

Sebagai tanda menyokong usaha ini, Himpunan Blog Pahang meletakkan logo kempen tersebut di blog ini.

Nota: Sokongan ini merupakan sokongan peribadi, dan ianya tidak menunjukkan sokongan kesemua ahli blog yang bernaung di bawah Himpunan Blog Pahang. Para blogger Pahang di bawah naungan Himpunan Blog Pahang mempunyai pendirian peribadi masing-masing berhubung kempen ini. Harap maklum.

"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"

"Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa"

Salam Perpaduan & Budi Bahasa.

Himpunan Blog Pahang

01 May 2009

Iklankan Produk Anda Di Sini Semurah RM5 Sebulan!

Ingin memasarkan produk tetapi tiada rangkaian untuk menarik pelanggan?

Mengapa tidak mencuba agar produk anda diiklankan di sini?

Tawaran Hebat! Murah & Berpatutan dari Himpunan Blog Pahang!

Serendah RM5/Sebulan (Boleh diperbaharui dari bulan ke bulan).

RM50/Setahun (Lump-sum & Jimat RM10).

Sila hubungi saya di alamat e-mail berikut untuk perbincangan lanjut:

bloggerpahang@gmail.com

18 April 2009

Kira-Kira 40,000 Sambut Kepulangan Najib Ke Pahang


KUANTAN, 18 April (Bernama) -- Kepulangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pahang hari ini disambut meriah oleh kira-kira 40,000 rakyat negeri itu dalam majlis sambutan yang diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK1) di sini, Sabtu.

Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan pesawat rasmi di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di sini pada kira-kira 9 pagi disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, pemimpin Kabinet kelahiran Pahang, pemimpin negeri dan ketua-ketua jabatan.

Najib dan isteri kemudiannya dibawa ke MPK1 untuk majlis rasmi "Sambutan Kepulangan Perdana Menteri" dengan diiringi 56 buah motosikal berkuasa besar sebagai simbolik kepada umur anak kelahiran Kuala Lipis itu.

Ketibaan Perdana Menteri di padang MPK 1 pada 9.20 pagi disambut kira-kira 40,000 orang.

Majlis dimulakan dengan persembahan bertema "Satu Malaysia" yang terdiri daripada gabungan gerak seni pertahanan diri, gerak tari pelbagai kaum termasuk masyarakat Orang Asli dan keharmonian muzik yang mendukung citra membentuk kesatuan rakyat Malaysia yang mantap dan bersatu. Persembahan itu membabitkan 620 peserta berusia antara 10 hingga 45 tahun.

Perdana Menteri kemudiannya dijadual menghadiri majlis sambutan kepulangan beliau di Dataran Majlis Daerah Pekan, Pekan dan menghadap Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan pada 12 tengah hari.

Ini kepulangan pertama Najib ke negeri Pahang selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Najib dijadual pulang ke ibu negara petang ini.-- BERNAMA

03 April 2009

Najib Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Keenam


KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia hari ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah dengan majlis mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam di sini pagi ini.

Najib, 55, yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada satu upacara di Istana Negara.

Dengan pengambil alihan jawatan itu, anak sulung kepada Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, akan meneruskan legasi Abdullah untuk membawa negara ke arah kejayaan yang kini dilanda keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Berita mengenai Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri disiarkan secara meluasnya dalam akhbar Malaysia hari ini sementara saluran radio dan televisyen sentiasa memuatkan berita terkini berkaitan detik bersejarah ini.

Para tetamu termasuk menteri-menteri kabinet dan perwakilan asing mula tiba di Istana Negara mulai pukul 9 pagi.

Media termasuk media asing mula berkumpul di luar pintu istana berkenaan seawal pukul 8 pagi untuk melaporkan upacara ini.

Cuaca agak baik dan aliran trafik di bebarapa jalan berhampiran Istana Negara agar lancar.

Menurut atur cara sempena upacara mengangkat sumpat yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, selepas upacara di Istana Negara ini, Najib dijadual ke Masjid Negara untuk solat Jumaat dan menziarah pusara ayah beliau di Makam Pahlawan, di perkarangan masjid itu.

Pada pukul 4 petang, Abdullah dengan rasminya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib dalam satu upacara di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Lewat petang, Najib akan pulang ke kediaman beliau di Jalan Duta di sini untuk majlis tahlil serta doa selamat dan akan ke udara untuk berucap di seluruh negara melalui RTM pada pukul 8.10 malam.

--BERNAMA

28 February 2009

Kempen Pamer Logo Blogger Pahang: Terima Kasih Atas Sokongan Anda!

Assalamualaikum dan salam muhibbah buat semua blogger Pahang,

Himpunan Blog Pahang ingin merakamkan jutaan terima kasih buat semua blog yang telah menyahut seruan Kempen Pamer Logo Blogger Pahang.

Kempen tersebut telah dilancarkan pada 05 Februari 2009 dan mendapat respon yang amat baik.

Jumlah blog yang disenaraikan setakat ini di dalam Indeks Himpunan Blog Pahang telah meningkat ke angka 88. Teruskan sokongan anda semua.

Berikut disertakan senarai blog-blog yang menyokong Kempen Pamer Logo Blogger Pahang sebagai tanda penghargaan dari Himpunan Blog Pahang:-



1. :: RODHONG COIL ::
2. BLOG GENERASI FELDA
3. Adiospunk
4. Me, Him & Kechup
5. The Life of the Neglected
6. heretic sedative
7. MH SALIMI
8. ngape...nye
9. Blog Zuhdi Johan
10. Gaya Peneroka
11. LKTP 1328
12. Copy Jer
13. aminchenor
14. ababina 328
15. Kembara Politik

Himpunan Blog Pahang mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan semua blog di atas.

Harap maaf jika blog anda tertinggal dari senarai. Sila maklumkan kepada Himpunan Blog Pahang untuk dikemaskini.

Nota: Bagi blog yang menggunakan latar belakang (background) berwarna putih atau hitam, bolehlah menggunakan logo Blogger Pahang seperti di atas (yang mempunyai sempadan biru cair) agar logo boleh kelihatan dengan cantik dan jelas pada background berwarna putih atau hitam.

05 February 2009

Kempen Pamer Logo Blogger Pahang



Himpunan Blog Pahang telah mencipta sebuah logo bagi dipamerkan di blog-blog Pahang. Semua blogger Pahang bolehlah copy dan paste logo ini di blog masing-masing dan link ke http://bloggerpahang.blogspot.com/ agar memudahkan blogger Pahang yang lain memberikan maklumat blog masing-masing untuk disenaraikan dalam Indeks Himpunan Blog Pahang.