08 November 2009

Moh kita join Anak Pahang Dot Net ! Moh lah weh !


Koi/kah/kawan nak ajok semua anak Pahang mendaftar di Anak Pahang Dot Net. Khas untuk orang Pahang je weh.

Ni dia punya alamat. http://anak-pahang.net/home.php

18 October 2009

Goneh ke pulok...

Koi/kah/kawan minta maaf sebab baru berkesempatan membuat kemaskini blog. Almaklumlah, koi/kah/kawan ni bukannya blogger sepenuh masa. Kalau koi/kah/kawan tumpu 100% pada blog nih mau orang rumoh koi/kah/kawan lekatkan koi/kah/kawan ke dinding. Jadi koi/kah/kawan minta maaf sangat2 sebab lambat masukkan blog rodong2 semua.

Khas buat Illa: Minta maaf yek. Awok bagi URL saloh ke? Puas cari tak dapat tengok pun blog awok. Invited reader only? Kalau boleh bagi maklumat sekali lagi :P

Kepada yang bergaduh-gaduh di ruangan ahli mesyuarat tingkap tuh koi/kah/kawan minta maaf. Semua blog orang Pahang dialu-alukan sesangat untuk mendaftar di sini. Tak kira lah awok dari parti mana pun koi/kah/kawan senaraikan semuanya kalau awok bagi maklumat yang lengkap. Jangan gaduh-gaduh. Koi/kah/kawan buat blog ni nak satukan semua orang Pahang, bukannya nak memecoh belohkan orang Pahang kita sampai nok bertinju.

Kepada pemilik blog yang berkenaan koi/kah/kawan pohon berikan maklumat blog seperti berikut:

Jurublog:
Nama Blog:
Alamat URL:
Kategori:

Sebenornya koi/kah/kawan dah pun letakkan iklan kepada sesiapa yang berminat untuk memasukkan blog dalam "Indeks Himpunan Blog Pahang". Kalau perati betel2 ada koi/kah/kawan merohkan iklannya. Cuba tengok kat atas tuh:

[Perhatian: Sila sertakan maklumat di ruangan berikut ( Klik di sini ) untuk menambah blog anda di Indeks Himpunan Blog Pahang. Harap dapat diuar-uarkan kepada semua rakan blogger dari seluruh negeri Pahang Darul Makmur.]

Ada yang tuduh koi/kah/kawan ni berat sebeloh. Padahal koi/kah/kawan senaraikan semua orang yang hantor maklumat blog pada koi/kah/kawan dengan syarat mestilah orang Pahang. Takde lagi yang koi/kah/kawan tak senaraikan. Tak baik fitnah ke koi/kah/kawan macam tu sekali. Kalau kita semua perati, ada banyok blog yang dari PR dalam blogroll "Pandangan Politik Tanahair". Dan semua mereka nih, beri maklumat pada koi/kah/kawan untuk ditambah dalam senarai.

Pasal tuduhan blog nih nak raih iklan koi/kah/kawan sangkal fitnah tuh. Semua yang letok banner iklan dalam blog nih, semuanya percuma dengan niat ikhlas kerana Allah. Koi/kah/kawan tak minta sesen pun. Tanyalah tuan punya banner yang ada tuh. Memang pada mulanya koi/kah/kawan ada buat tawaran sesiapa yang berminat nak iklankan produk boleh iklan di sini dengan hanya RM5 sebulan. Muroh sesangat. Tapi bila ada yang nak letak iklan, koi/kah/kawan tak tergamak pulok ambil duit. Koi/kah/kawan buat secara percuma jeh sampai bila2. Tak baiklah tuduh koi/kah/kawan macam tuh.

Koi/kah/kawan pergilah melawat blog yang digaduhkan sangat tuh. Kenapelah diletok blog koi/kah/kawan ni di bahagian "Haluan Karat"? Biorlah....Goneh ke pulok. Orang sana lempor najis, koi/kah/kawan hulur bunga. Koi/kah/kawan tak mboh bergaduh bior pun kecik hati koi/kah/kawan nih.

Koi/kah/kawan memang tak paham dengan peel orang politik nih!

Apa pun koi/kah/kawan ucap terima kasih kepada semua yang terus menyokong blog ni dengan semangat bersatu padu sebagai orang Pahang! Kita orang Pahang wehhhhhhhh!! :)

Foto: Beavis & Butthead! Koi/kah/kawan suka tengok cerita nih, masa muda2 dululah :)

06 October 2009

Terkejut Berok !!


Best betul. Rasa macam makan lemang cecoh rendang daging masa Raya jeh.


Jangan tak percaya. Blogger Pahang dah ada 100 orang peminat setia.


Terima kasih kah/koi/kawan ucapkan pada rodong semua. Rajin2lah datang ke sini bawa rodong2 lain sama. Biar sampai 1 juta!


Koi nak cerita sikit pasal buku Mat Kilau. Koi dah beli dan dah habis baca. 1 hari je dah habis baca. Laju kawan/kah/koi baca. Guna teknik speedboat yang bawok pegi ngail.


Memang best ceritanya. Macam makan lemang yang koi/kah/kawan bakar sampai hangus Teralit punya pasal. Hehe. Tapi lemangnya selamat sebab mujur buluh tebal. Buluh betong gamoknya.


Menitis air mata bila baca weh. Kawan/kah/koi yang macho ni pun boleh rasa sebak. Kalau awok rasanya meraunglah kot. Mana2 yg tak dapat kawal perasaan mesti bunuh diri!


Kalau ada lagi buku sejarah dan mana2 buku pasal Pahang boleh bagitau kah/kawan/koi. Kawan kah/koi sekarang ni dirasuk hantu raya membaca buku sejarah.
Nota kaki - Awas! Lelaki di atas bukan berok!

29 September 2009

Sepetang Di Kampung Gumum, Tasik Cini

Oleh Melati Mohd Ariff

Rencana ini ialah bahagian kedua daripada lima siri mengenai pembangunan, kehidupan dan pencapaian Orang Asli

PEKAN, 29 Sept (Bernama) -- Sebelum tahun 1960, kebanyakan penduduk kampung Orang Asli Tasek Cini ini tinggal di rumah rakit. Rata-rata kehidupan ketika itu bergantung kepada hasil hutan. Gelap gelita malam pula hanya diterangi pelita damar dan cahaya bulan.

Lebih 40 tahun lepas, mereka mula tinggal di darat, membuat pondok, bercucuk tanam di samping berburu dan mencari hasil hutan.

"Zaman ayah dan tok saya, mereka hidup berakit kerana hutan besar dan banyak binatang buas seperti gajah dan harimau. Kalau tinggal di atas rakit, selamat sikit.

"Ayah saya buat keputusan untuk tinggal di darat sebab banyak barang yang saya jatuhkan ke dalam tasik. Masa itu umur saya antara 12 atau 13 tahun, maklumlah nakal sikit.

"Kadang tu bubuh barang tak menentu, pinggan, pisau, parang. Ayah marah dan kata kita tak boleh hidup begini, kita pindah ke darat," demikian yang dikisahkan Awang bin Alok, 69, Tok Batin Kampung Gumum kepada Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini.

Menurut Tok Batin ini, terdapat 140 keluarga Orang Asli dari suku kaum Jakun dengan jumlah hampir 500 orang mendiami Kampung Gumum dalam Mukim Penyor, jauhnya sekitar 75km dari bandar Diraja Pekan ini.

Luas kawasan kampung pula ialah 405 hektar dan ia terbahagi kepada lima bahagian iaitu Kampung Gumum, Ulu Gumum, Melai, Tanjung Puput dan Cendahan.

ASAL KAMPUNG

Menurut Awang yang telah menjadi Tok Batin Kampung Gumum sejak 1968, nama kampung 'Gumum' mengambil nama 'Seri Gumum', iaitu naga legenda yang dikisahkan mendiami Tasek Cini, tasik semula jadi kedua terbesar di negara ini.

Bapa Awang ialah antara yang pertama berpindah dari rumah rakit dan tinggal di darat.

Pondok yang dibina menggunakan bahan yang diperoleh dari hutan, atap dari daun cucuh sementara dinding dan lantai diperbuat daripada kulit kayu pokok perawan atau kepong.

Untuk menyara hidup, bapa Awang menanam padi, ubi dan jagung serta berburu.

"Awal 1960-an, kawasan sekitar kampung ini masih lagi hutan tebal dan ketika itu hanya ada belasan kelamin sahaja. Lama kelamaan ramai yang datang tetapi mereka tinggal di merata-rata tempat sehingga ke Kuala Sungai Pahang," kata Awang yang fasih berbahasa Melayu seperti lazimnya bagi suku kaum Jakun.

NIKMATI PEMBANGUNAN

Seingat Awang, penduduk Orang Asli Kampung Gumum mula menikmati bantuan kerajaan menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pada 1970 dalam bentuk bantuan benih getah dan rumah papan (rumah sebuah) yang dikenali sebagai 'Rumah Melati'.

Bermula 1993, JHEOA mula mendirikan rumah batu di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan sehingga kini, sebanyak 26 buah rumah sudah dibina. Ada yang dibina bagi menggantikan 'Rumah Melati' yang semakin usang.

Kemudahan prasarana dilaksanakan mulai 1995 dengan penyediaan kemudahan bekalan elektrik. Jalan tar di kampung ini dibina pada 1997 sementara bekalan air paip mula dinikmati penduduk Orang Asli Kampung Gumum pada 2000.

"Kehidupan sekarang agak lain berbanding semasa saya kecil. Sudah ada banyak kemudahan, rumah sudah selesa, bekalan elektrik ada, cuma ada beberapa rumah sahaja belum ada elektrik tapi mereka ada generator.

"Banyak-banyak terima kasih terutama kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Kalau ada orang kata Orang Asli susah, Orang Asli dipinggir, maknanya tak betul," kata Awang.

Dari segi keperluan kesihatan, penduduk kampung yang memerlukan rawatan akan pergi ke klinik di Felda Cini atau ke Hospital Kuantan.

LAGI KEMUDAHAN

Bercakap mengenai kemudahan sekolah untuk anak-anak Kampung Gumum, beliau berkata terdapat sebuah sekolah rendah di kampung itu dikenali sebagai Sekolah Rendah Tasek Cini.

Untuk persekolahan menengah, anak-anak kampung itu meneruskan persekolahan di Pekan dan tinggal di asrama.

Anak-anak ini akan balik ke kampung setiap dua minggu sekali untuk mengurangkan rasa rindu berjauhan dari keluarga.

Awang berkata hampir kesemua murid sekolah rendah menyambung pelajaran ke sekolah menengah.

"Tahun lepas ada dua pelajar dari kampung ini yang berjaya ke universiti," katanya penuh bangga.

Bagi yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran, mereka membuat kerja sendiri termasuk mencari rotan atau Tongkat Ali di hutan, bekerja di kedai atau bekerja secara kontrak mengutip buah-buahan bila musim buah.

"Ada juga yang menangkap ikan. Tidak ada yang malas bekerja. Kalau yang tak bekerja pun tak ramai," jelasnya.

Di samping mata pencarian yang diusahakan, setiap Keluarga Isi Rumah (KIR) kampung itu boleh menarik nafas lega kerana menerima RM500 sebulan sebagai hasil saham daripada ladang kelapa sawit yang dibangunkan oleh JHEOA menerusi Risda di kampung itu.

Bernama difahamkan mereka boleh mendapat pendapatan sekitar RM1,000 sebulan sekiranya mereka bekerja di ladang berkenaan.

Meskipun beliau menyandang jawatan Tok Batin dan sudah menghampiri usia 70 tahun dengan tangan kiri yang lemah, Awang masih tidak duduk diam. Dia masih menoreh getah di kebunnya sendiri yang seluas kira-kira 1.2 hektar.

Kerja menoreh, katanya, dibuat secara berperingkat dan kadang kala dia dibantu isterinya.

Pendapatan kira-kira RM400 sebulan hasil jualan susu getah, katanya, dapat menampung keperluan kewangan keluarga.

NASIHAT DAN HARAPAN

Di sebalik laporan berita anak Orang Asli terlibat dalam gejala sosial termasuk menagih dadah, Tok Batin Kampung Gumum ini menjelaskan setakat ini tidak ada anak buahnya yang terjebak dalam masalah sedemikian.

"Walau macam mana pun saya sentiasa memberi ingat kepada emak bapak jangan lalai menjaga anak-anak mereka. Saya pergi dari rumah ke rumah.

"Kalau nak tunggu mereka datang ke rumah kita payah juga dan kalau hendak panggil pertemuan susah juga kerana kebanyakan mereka keluar bekerja atau pergi memancing jauh dari kampung dan hanya balik lewat petang atau malam," katanya.

Meskipun kehidupan penduduk di Kampung Gumum tidak lagi 'kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang', tetapi masih ada yang boleh dilakukan untuk memberi peluang pekerjaan dan sumber pendapatan.

Memandangkan lokasi kampung ini berhampiran Tasek Cini, ia berpotensi untuk dijadikan sebagai satu destinasi pelancongan.

Tok Batin Awang berharap pihak berkuasa berkenaan akan memulihkan kawasan tasik yang kelihatan agak terbiar mengikut pengamatan penulis sendiri.

Beliau memberitahu bahawa sebelum ini ada pihak yang mengusahakan chalet tetapi ia berhenti operasi beberapa tahun lepas.

"Kalau kawasan tasik sebelah kampung ini diindahkan, ia boleh dijadikan tarikan pelancong. Jalan ke kampung ini pun sudah cantik.

"Mereka boleh naik bot, memancing atau masuk ke dalam hutan. Ini semua boleh menarik orang luar datang ke kampung ini dan bagi peluang pekerjaan untuk penduduk kampung.

"Kita juga boleh tonjolkan industri kraftangan yang ada di kampung ini," kata Tok Batin Awang dengan penuh harapan.

-- BERNAMA

[Berita ini kawan/kah/koi curik dari BERNAMA pada 29 September 2009 sebab orang tak minat nak jadi reporter tanpa gaji kat blog Blogger Pahang nih...hehe. Kalau ada tuh, sudi2 la bagi/kongsi berita yang berupa aktiviti sekitar Pahang Inderapura.]

17 September 2009

Novel sejarah bertajuk Mat Kilau Pahlawan Pahang oleh Abdul Latip Talib

Kawan/koi/kah rompak berita nih kat blog Koi Anak Pahang:
Mat Kilau Pahlawan Pahang

Salamzz...di dalam kite mencari malam seribu bulan di akhir Ramadhan ini ade baikknye juge jika kite sesama menghayati sebuah novel mengenai perjuangan pahlawan Mat Kilau, sebuah karya Abdul Latip Talib, mengisahkan hidup Mat Kilau dari semenjak dia dilahirkan, sebuah kisah yg amat menarik utk kite hayati didalam mencari erti sebuah perjuangan..jarang kita jumpe sejarah pahlawan Pahang ditulis dan di olah begitu baik seperti ini.

Walaupun koi belum lagi habis membaca novel ini, koi dah dapat membayangkan susah payah pahlawan Pahang di zaman penjajahan Inggeris menyabung nyawa demi tanah tumpah darah nenek moyang kite, kisah ini menceritakan peribadi Mat Kilau dan lima sahabatnye,ayahnye Imam Rasu atau Tok Gajah, pahlawan Pahang yg lain seperti Dato' Bahaman,Tok Keli Sega, Mat Lela dan ramai lagi, juge ade menceritakan bagaimana Inggeris boleh menjajah Pahang, kisah yg menginsafkan koi sebagai anak Pahang jati..so ape lagi?

Kepada semua warga Pahang khususnye sile dapatkan buku ini utk dihayati bersama..boleh gek nak dapatkan secara online di link bawah ni.. rege cume RM 17.85 sen...padan ngan rokok dunhill dua kotok je..belilah boleh buat bahan cerite utk anak cucu.


Himpunan Blog Pahang: Moh la kita beli kemdian baca. Kalau bukan kita orang Pahang yang beli, siapa lagi kan?

16 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Koi/kawan/kah nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rodong-rodong di seluruh Pahang. Kita pakat bermaafan. Kira 0-0 la yek?

Kawan/koi/kah nak minta tolong sikit pada rodong-rodong yang berminat nak jadi sebahagian daripada penyumbang berita-berita di seluruh Pahang.

Kepada yang berminat nak join jadi pembantu Admin boleh hantar

1. Nama Cembungan
2. Jantina
3. Daerah
4. Alamat Emel

ke emel kawan/koi/kah di bloggerpahang@gmail.com

Kita perlukan 2 orang untuk setiap daerah di Pahang. Permohonan yang berjaya dengan *cemerlang, akan diberi akses Himpunan Blog Pahang untuk jadi kuli reporter tanpa bayaran di kawasan masing-masing. Keh keh keh.

Sanggup ke weh?

*Calon yang berjantina Gadis Belum Berkahwin mempunyai peluang yang cerah.
*Permohonan ini hanya terhad kepada orang PAHANG sahaja.

03 September 2009

Salam Ramadhan & Salam Merdeka & Portal Kempen SSS

Assalamualaikum dan salam perpaduan buat semua Blogger Pahang,

Pertamanya, keh/kah/koi/kawan ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua warga pengunjung Himpunan Blog Pahang yang beragama Islam. Rasanya tidak ada istilah terlewat dalam mengucapkan perkara-perkara yang baik. ;) Betul ke? (Kalau awok/aok jawab TAK, kah/keh/koi/kawan pulas telinga awok/aok!).

Keduanya, kawan/kah/keh/koi ingin mengucapkan Salam Merdeka bersempena Hari Kemerdekaan negara tercinta Malaysia pada 31 Ogos yang lepas. Maaf kerana agak terlewat membuat ucapan kerana sibuk dengan rutin harian.

Apa yang penting kah/keh/koi/kawan ada mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan di kereta. Orang Pahang kita pulok goneh? Tengok siapa? Awok/Aok la weh. Haha. Tak apa la kalau tak ada pun, yang penting kita sayangkan negara kita, negara tanah tumpah darah kita kan? :)

Ketiganya, keh/koi/kawan nak jawab salam daripada semua yang bagi salam kat kawan/kah/keh/koi. Waalaikummussalam warah matullah... Lega rasanya. Nak jawab satu-satu di bahagian komen, tak daya rasanya...banyakkkk!! Koi/kah/keh/kawan himpunkan (jamakkan) saja kat sini. Boleh kan? :P

Keempatnya, keh/kah/koi/kawan ada dapat jemputan dari pengendali Portal Satu Sekolah Untuk Semua (SSS). Klik sini. Tak sangka! Terima kasih atas jemputan. Kawan/kah/keh/koi tengok bagus juga Portal tu. Jadi koi/keh/kah/kawan ajak semua orang Pahang ramai-ramai jenguk ke Portal tu.

Ni jemputan dia (Jemput baca dan luangkan masa melawat Portal SSS tu):

Tuan,

Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan secara am seperti dibawah:-

Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots displaying SSS Logo”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini apabila anda telah mempamirkan logo SSS di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap Kempen SSS ini. ______________________

It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots displaying SSS Logo). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by displaying SSS logo at your blog site. Thank you for your continuous support toward the SSS campaign.

Terima kasih.

Satu Sekolah Untuk Semua

11 June 2009

Himpunan Blog Pahang menyokong kempen Satu Sekolah Untuk Semua

Assalamualaikum dan salam perpaduan buat semua Blogger Pahang,

Himpunan Blog Pahang tertarik dengan kempen yang dijalankan oleh komuniti blogger pada masa kini. Pada pendapat Himpunan Blog Pahang (pendapat peribadi), demi perpaduan untuk seluruh rakyat, adalah wajar dan amat perlu disokong kempen ini.

Bagi rakyat yang cintakan perpaduan rasanya memang akan menyokong sepenuh hati. Namun, bimbang kalau-kalau kempen ini dianggap perkauman sedangkan tujuannya menyatu padukan kanak-kanak di sekolah rendah lagi dengan penekanan kepada bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan kanak-kanak tidak diasing-asing melalui Sekolah Jenis Kebangsaan (menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil). Biarlah hanya Sekolah Kebangsaan yang menguna pakai bahasa Kebangsaan dijadikan tempat menyatukan seluruh kanak-kanak Malaysia.

Sebagai tanda menyokong usaha ini, Himpunan Blog Pahang meletakkan logo kempen tersebut di blog ini.

Nota: Sokongan ini merupakan sokongan peribadi, dan ianya tidak menunjukkan sokongan kesemua ahli blog yang bernaung di bawah Himpunan Blog Pahang. Para blogger Pahang di bawah naungan Himpunan Blog Pahang mempunyai pendirian peribadi masing-masing berhubung kempen ini. Harap maklum.

"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"

"Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa"

Salam Perpaduan & Budi Bahasa.

Himpunan Blog Pahang

01 May 2009

Iklankan Produk Anda Di Sini Semurah RM5 Sebulan!

Ingin memasarkan produk tetapi tiada rangkaian untuk menarik pelanggan?

Mengapa tidak mencuba agar produk anda diiklankan di sini?

Tawaran Hebat! Murah & Berpatutan dari Himpunan Blog Pahang!

Serendah RM5/Sebulan (Boleh diperbaharui dari bulan ke bulan).

RM50/Setahun (Lump-sum & Jimat RM10).

Sila hubungi saya di alamat e-mail berikut untuk perbincangan lanjut:

bloggerpahang@gmail.com

18 April 2009

Kira-Kira 40,000 Sambut Kepulangan Najib Ke Pahang


KUANTAN, 18 April (Bernama) -- Kepulangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pahang hari ini disambut meriah oleh kira-kira 40,000 rakyat negeri itu dalam majlis sambutan yang diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK1) di sini, Sabtu.

Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan pesawat rasmi di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di sini pada kira-kira 9 pagi disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, pemimpin Kabinet kelahiran Pahang, pemimpin negeri dan ketua-ketua jabatan.

Najib dan isteri kemudiannya dibawa ke MPK1 untuk majlis rasmi "Sambutan Kepulangan Perdana Menteri" dengan diiringi 56 buah motosikal berkuasa besar sebagai simbolik kepada umur anak kelahiran Kuala Lipis itu.

Ketibaan Perdana Menteri di padang MPK 1 pada 9.20 pagi disambut kira-kira 40,000 orang.

Majlis dimulakan dengan persembahan bertema "Satu Malaysia" yang terdiri daripada gabungan gerak seni pertahanan diri, gerak tari pelbagai kaum termasuk masyarakat Orang Asli dan keharmonian muzik yang mendukung citra membentuk kesatuan rakyat Malaysia yang mantap dan bersatu. Persembahan itu membabitkan 620 peserta berusia antara 10 hingga 45 tahun.

Perdana Menteri kemudiannya dijadual menghadiri majlis sambutan kepulangan beliau di Dataran Majlis Daerah Pekan, Pekan dan menghadap Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan pada 12 tengah hari.

Ini kepulangan pertama Najib ke negeri Pahang selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Najib dijadual pulang ke ibu negara petang ini.-- BERNAMA

03 April 2009

Najib Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Keenam


KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia hari ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah dengan majlis mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam di sini pagi ini.

Najib, 55, yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada satu upacara di Istana Negara.

Dengan pengambil alihan jawatan itu, anak sulung kepada Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, akan meneruskan legasi Abdullah untuk membawa negara ke arah kejayaan yang kini dilanda keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Berita mengenai Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri disiarkan secara meluasnya dalam akhbar Malaysia hari ini sementara saluran radio dan televisyen sentiasa memuatkan berita terkini berkaitan detik bersejarah ini.

Para tetamu termasuk menteri-menteri kabinet dan perwakilan asing mula tiba di Istana Negara mulai pukul 9 pagi.

Media termasuk media asing mula berkumpul di luar pintu istana berkenaan seawal pukul 8 pagi untuk melaporkan upacara ini.

Cuaca agak baik dan aliran trafik di bebarapa jalan berhampiran Istana Negara agar lancar.

Menurut atur cara sempena upacara mengangkat sumpat yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, selepas upacara di Istana Negara ini, Najib dijadual ke Masjid Negara untuk solat Jumaat dan menziarah pusara ayah beliau di Makam Pahlawan, di perkarangan masjid itu.

Pada pukul 4 petang, Abdullah dengan rasminya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib dalam satu upacara di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Lewat petang, Najib akan pulang ke kediaman beliau di Jalan Duta di sini untuk majlis tahlil serta doa selamat dan akan ke udara untuk berucap di seluruh negara melalui RTM pada pukul 8.10 malam.

--BERNAMA

28 February 2009

Kempen Pamer Logo Blogger Pahang: Terima Kasih Atas Sokongan Anda!

Assalamualaikum dan salam muhibbah buat semua blogger Pahang,

Himpunan Blog Pahang ingin merakamkan jutaan terima kasih buat semua blog yang telah menyahut seruan Kempen Pamer Logo Blogger Pahang.

Kempen tersebut telah dilancarkan pada 05 Februari 2009 dan mendapat respon yang amat baik.

Jumlah blog yang disenaraikan setakat ini di dalam Indeks Himpunan Blog Pahang telah meningkat ke angka 88. Teruskan sokongan anda semua.

Berikut disertakan senarai blog-blog yang menyokong Kempen Pamer Logo Blogger Pahang sebagai tanda penghargaan dari Himpunan Blog Pahang:-



1. :: RODHONG COIL ::
2. BLOG GENERASI FELDA
3. Adiospunk
4. Me, Him & Kechup
5. The Life of the Neglected
6. heretic sedative
7. MH SALIMI
8. ngape...nye
9. Blog Zuhdi Johan
10. Gaya Peneroka
11. LKTP 1328
12. Copy Jer
13. aminchenor
14. ababina 328
15. Kembara Politik

Himpunan Blog Pahang mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan semua blog di atas.

Harap maaf jika blog anda tertinggal dari senarai. Sila maklumkan kepada Himpunan Blog Pahang untuk dikemaskini.

Nota: Bagi blog yang menggunakan latar belakang (background) berwarna putih atau hitam, bolehlah menggunakan logo Blogger Pahang seperti di atas (yang mempunyai sempadan biru cair) agar logo boleh kelihatan dengan cantik dan jelas pada background berwarna putih atau hitam.

05 February 2009

Kempen Pamer Logo Blogger Pahang



Himpunan Blog Pahang telah mencipta sebuah logo bagi dipamerkan di blog-blog Pahang. Semua blogger Pahang bolehlah copy dan paste logo ini di blog masing-masing dan link ke http://bloggerpahang.blogspot.com/ agar memudahkan blogger Pahang yang lain memberikan maklumat blog masing-masing untuk disenaraikan dalam Indeks Himpunan Blog Pahang.

29 January 2009

Logo Himpunan Blog Pahang - Ihsan dari Blog Penggabung Suara

Himpunan Blog Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada blog Penggabung Suara atas inisiatif logo Himpunan Blog Pahang yang telah direkacipta. Besar harapan blog ini agar para jurublog Pahang dapat meletakkan logo ini di blog masing-masing sebagai usaha menyokong usaha Himpunan Blog Pahang. Setiap sokongan anda saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Salam Perpaduan,
Himpunan Blog Pahang

14 January 2009

HEBAHAN: KUMPULAN BLOG-BLOG GENERASI FELDA

Himpunan Blog Pahang telah menerima satu komen yang berbentuk hebahan di ruangan komen di SINI untuk mencari blog-blog kepunyaan generasi FELDA oleh blog LKTP1328. Oleh yang demikian Himpunan Blog Pahang akan memanjangkan hebahan ini untuk memudahkan tujuan tersebut. Hebahan tersebut diterbit semula seperti di bawah:

KUMPULAN BLOG-BLOG GENERASI FELDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua generasi Felda, sesungguhnya agak sukar juga jika kita mahu membaca blog-blog dari generasi Felda, ini adalah kerana kita tidak tahu atau mengenali, yang mana satu blog-blog generasi felda.

Antara sebabnya ialah kebanyakan pemblog tidak memperkenalkan diri mereka kepada umum,dan kerana itu menyukarkan kita untuk mengenali bahawa sesuatu blog itu kepunyaan generasi Felda. Oleh itu saya bercadang kalau boleh, saya ingin mengumpul kesemua blog-blog generasi Felda dari seluruh Malaysia.

Konsepnya sama seperti yang dilakukan oleh nobisha yang mengumpulkan sebahagian blog-blog didalam satu kumpulan blog-blog dari seluruh Malaysia yang dinamakan Debat Rakyat.

Buat permulaan saya akan kumpulkan semua blog anda didalam ruangan ditepi sebelah kanan blog saya, iaitu di ruangan Senarai blog saya

Antara pesertanya bolehlah dari kalangan peneroka Felda, anak peneroka, cucu peneroka, staf-staf Felda, anak-anak staf Felda dan sesiapa juga yang berkaitan dengan Felda.

Tiada syarat dikenakan, anda bebas menyatakan sebarang pandangan, samada politik atau apa sahaja, cuma anda diminta, tidak memasukkan unsur-unsur lucah, mencarut atau apa juga yang boleh di takrifkan sebagai tidak sopan.

Kepada mereka yang berkenaan, bolehlah meninggalkan maklumat di blog LKTP1328 untuk tujuan tersebut. Harap maklum.