14 January 2009

HEBAHAN: KUMPULAN BLOG-BLOG GENERASI FELDA

Himpunan Blog Pahang telah menerima satu komen yang berbentuk hebahan di ruangan komen di SINI untuk mencari blog-blog kepunyaan generasi FELDA oleh blog LKTP1328. Oleh yang demikian Himpunan Blog Pahang akan memanjangkan hebahan ini untuk memudahkan tujuan tersebut. Hebahan tersebut diterbit semula seperti di bawah:

KUMPULAN BLOG-BLOG GENERASI FELDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua generasi Felda, sesungguhnya agak sukar juga jika kita mahu membaca blog-blog dari generasi Felda, ini adalah kerana kita tidak tahu atau mengenali, yang mana satu blog-blog generasi felda.

Antara sebabnya ialah kebanyakan pemblog tidak memperkenalkan diri mereka kepada umum,dan kerana itu menyukarkan kita untuk mengenali bahawa sesuatu blog itu kepunyaan generasi Felda. Oleh itu saya bercadang kalau boleh, saya ingin mengumpul kesemua blog-blog generasi Felda dari seluruh Malaysia.

Konsepnya sama seperti yang dilakukan oleh nobisha yang mengumpulkan sebahagian blog-blog didalam satu kumpulan blog-blog dari seluruh Malaysia yang dinamakan Debat Rakyat.

Buat permulaan saya akan kumpulkan semua blog anda didalam ruangan ditepi sebelah kanan blog saya, iaitu di ruangan Senarai blog saya

Antara pesertanya bolehlah dari kalangan peneroka Felda, anak peneroka, cucu peneroka, staf-staf Felda, anak-anak staf Felda dan sesiapa juga yang berkaitan dengan Felda.

Tiada syarat dikenakan, anda bebas menyatakan sebarang pandangan, samada politik atau apa sahaja, cuma anda diminta, tidak memasukkan unsur-unsur lucah, mencarut atau apa juga yang boleh di takrifkan sebagai tidak sopan.

Kepada mereka yang berkenaan, bolehlah meninggalkan maklumat di blog LKTP1328 untuk tujuan tersebut. Harap maklum.

7 comments:

LKTP1436 said...

Terima kasih banyak-banyak kpd Blogger Pahang merangkap Pengerusi Himpunan blog Pahang, kerana menyiarkan hebahan Blog Generasi Felda

sekian.

BLOG GENERASI FELDA said...

Terima kasih yang tidak terhingga diatas usaha Himpunan blog pahang menyiarkan hebahan Blog Generasi Felda, adalah dimaklumkan bahawa Blog Generasi Felda telah pun diterbitkan ......

Himpunan Blog Pahang said...

Sama-sama. :)

hujan emas said...

Assalammualaikum

Tolong masukkan blog saya seperti berikut

Jurublog ; Wanda
Nama Blog: Kaqda
Alamat URL: http://kaqda.blogspot.com/
Kategori: Felda

BLOG GENERASI FELDA said...

Kepada sdr Wanda, blog anda telah disenaraiakan di blog generasi felda, terima kasih diatas minat sdr itu.

BudakFelda said...

Salam perkenalan semua blogger pahang...

Hasmadi Husin said...

Dihaapkan pihaktuan dapat mempamerka http://marketingcari.blogspot.com/blg saya.