29 January 2009

Logo Himpunan Blog Pahang - Ihsan dari Blog Penggabung Suara

Himpunan Blog Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada blog Penggabung Suara atas inisiatif logo Himpunan Blog Pahang yang telah direkacipta. Besar harapan blog ini agar para jurublog Pahang dapat meletakkan logo ini di blog masing-masing sebagai usaha menyokong usaha Himpunan Blog Pahang. Setiap sokongan anda saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Salam Perpaduan,
Himpunan Blog Pahang

14 January 2009

HEBAHAN: KUMPULAN BLOG-BLOG GENERASI FELDA

Himpunan Blog Pahang telah menerima satu komen yang berbentuk hebahan di ruangan komen di SINI untuk mencari blog-blog kepunyaan generasi FELDA oleh blog LKTP1328. Oleh yang demikian Himpunan Blog Pahang akan memanjangkan hebahan ini untuk memudahkan tujuan tersebut. Hebahan tersebut diterbit semula seperti di bawah:

KUMPULAN BLOG-BLOG GENERASI FELDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua generasi Felda, sesungguhnya agak sukar juga jika kita mahu membaca blog-blog dari generasi Felda, ini adalah kerana kita tidak tahu atau mengenali, yang mana satu blog-blog generasi felda.

Antara sebabnya ialah kebanyakan pemblog tidak memperkenalkan diri mereka kepada umum,dan kerana itu menyukarkan kita untuk mengenali bahawa sesuatu blog itu kepunyaan generasi Felda. Oleh itu saya bercadang kalau boleh, saya ingin mengumpul kesemua blog-blog generasi Felda dari seluruh Malaysia.

Konsepnya sama seperti yang dilakukan oleh nobisha yang mengumpulkan sebahagian blog-blog didalam satu kumpulan blog-blog dari seluruh Malaysia yang dinamakan Debat Rakyat.

Buat permulaan saya akan kumpulkan semua blog anda didalam ruangan ditepi sebelah kanan blog saya, iaitu di ruangan Senarai blog saya

Antara pesertanya bolehlah dari kalangan peneroka Felda, anak peneroka, cucu peneroka, staf-staf Felda, anak-anak staf Felda dan sesiapa juga yang berkaitan dengan Felda.

Tiada syarat dikenakan, anda bebas menyatakan sebarang pandangan, samada politik atau apa sahaja, cuma anda diminta, tidak memasukkan unsur-unsur lucah, mencarut atau apa juga yang boleh di takrifkan sebagai tidak sopan.

Kepada mereka yang berkenaan, bolehlah meninggalkan maklumat di blog LKTP1328 untuk tujuan tersebut. Harap maklum.

24 December 2008

Countdown @ Taman Budaya Negeri Pahang 2009 (9 pm, 31 Disember 2008)

Salam muhibah!!!

Countdown @ Taman Budaya Negeri Pahang sempena tahun baru 2009 akan berlangsung pada pukul 9pm 31/12/2008... Saya baru menerima khabar yang masih hangat ini daripada Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Negeri Pahang, Encik Mohd Sukarno dan Pengerusi Kelab Teater Rajuk, saudara A.K.Hidayat.

Kali ini, ingin saya melahirkan perasaan kagum dan puja kerana jarang-jarang sekali acara countdown ini berlangsung dalam bentuk yang menjunjung bahasa, seni dan sastera. Untuk perhatian para pembaca blog ini, saya turut diundang sebagai deklamator jemputan dalam acara yang gilang-gemilang ini. Buat kali pertama acara countdown dramatik dan fantastik ini dapat saya dan saudara-saudari saksikan.

Saya juga berbesar hati apabila nama besar artis jemputan seperti Lim Swee Tin, Roslan Madun, Arippin Said, Nor Fazrah, Raja Lawak Pak Tam, Juara Deklamasi Sajak Pahang Azmy Ahamad dan sebagainya akan tampil bersama dengan hadirin yang akan datang. Selain itu, VVIP yang diundang turut akan mendeklamasikan sajak sebelum acara kemuncak countdown...

Semoga majlis countdown ini akan turut diwarnai dengan kehadiran saudara-saudari yang membawa azam baru, demi bangsa dan negara. Datang, jangan tak datang... saudara/ri turut diundang hadir...

Daripada,

Teo Wei Sing

Tandatangan tidak diperlukan kerana helaian ini merupakan cetakan daripada mesin pencetak

27 November 2008

Apa sumbangan kita?

Lipis sudah dilanda banjir.
Apakah bentuk sumbangan yang boleh kita semua sebagai anak Pahang usahakan?
Apa kata anda sebagai warga Pahang yang prihatin?
Adakah anda sedia menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan?

Lipis mula banjir, 31 mangsa dipindah

Petikan Utusan Malaysia 27 November 2008

KUANTAN 26 Nov. - Lipis menjadi daerah pertama dilanda banjir di negeri ini setelah empat kampung di kawasan itu dinaiki air setinggi kira-kira satu setengah meter akibat hujan lebat awal pagi ini.

Berikutan kenaikan paras air bermula pukul 1.35 pagi itu, seramai 31 orang daripada 12 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selain menumpang di rumah jiran.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Supritendan Ibrahim Sharif berkata, ia melibatkan 10 mangsa dari Kampung Binjai, Kampung Seberang Jelai (15) serta masing-masing tiga mangsa dari Kampung Beralas dan Kampung Bukit Kota.

''Semua mereka telah pun dipindahkan malam tadi ke stor Jabatan Bekalan Air (JBA) Kampung Beralas, Masjid Seberang Jelai, Balai Raya Bukit Kota dan ada juga yang tinggal sementara di rumah jiran," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ibrahim bagaimanapun berkata, kampung-kampung terlibat masih belum terputus hubungan darat dan jalan-jalan raya utama masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Jelas beliau, dengan bermulanya banjir di daerah itu, pihaknya akan menempatkan anggota polis di pusat kawalan operasi bencana banjir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis bagi memudahkan urusan membantu mangsa banjir dan orang ramai.

''Melihat kepada cuaca yang mendung hari ini, semua mangsa dijangka masih tidak boleh pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Mengikut laman web Jabatan Pengairan dan Saliran, sungai utama di daerah Lipis iaitu Sungai Jelai kini berada pada paras amaran dengan bacaan 71.13 meter dari aras laut berbanding paras normal 67 meter.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Pahang menjangkakan hujan akan bertambah lebat di kawasan Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin, Maran, Bera dan Temerloh bermula esok hingga Sabtu ini.

Menurut jurucakap jabatan tersebut, keadaan hujan itu boleh mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan rendah dan tebing-tebing sungai daerah berkenaan.

Justeru, orang ramai diminta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak situasi berbahaya sekiranya banjir melanda kawasan-kawasan terbabit.

17 November 2008

Indeks Himpunan Blog Pahang (Kemaskini: Dis 31, 2008)

A
AbdullahJones – kuantan; abdullahjones; telanjang dan tersenyum; sebelah hitam; RAJAWALI art gallery
Adnan Yaakob, Dato’ Sri – Adnan Yaakob
Anak Srikandi - Warta Raub
Apache - AMINCHENOR

B


C
cherryanne-world
Chuah Boon Seong – chuah boon seong

D
Dahniar Abdul Jalil - Betau2Boston

E


F
Fauzi Abdul Rahman, Dato’ – BARISAN RAKYAT – PAKATAN RAKYAT
Firdaus Abdillah - Anarki Hadhari; Autoslave Part 2; Gambor; HilangPunca; Sindiket Sol-Jah
Fuziah Salleh – Fuziah Salleh

G


H


I
I? - ...godfather; yang kita .....
Intan RH - Kamuih Oxperd Pahang-Malay-English; Bisnes Permata; Dunia Sementara Ku...

J


K
Kembara Politik

L


M
Mohamad Sahfri Ab Aziz, Dato' Hj. - ADUN BUKIT IBAM
Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, Dato’ – SAKMONGKOL AK47; MAT TOMOI
Mohd Hatta @ ATTAiSM - DIA Design Interior Architecure ; DiA; TjANTeK; ArTribUTe; e-TjAN; KOTAKOTAK
Mohd Shaimy - Galeri Pantai Timur
Mohd Yusof Ali - Lipis Online; Kemahang's FotoPage; KEMAHANG
Mylias - Kuantan Apartment

N
Nasionalis - Penggabung Suara
Niezam - Carlbella Bridal & Photography
Nor Hisham Mohamed - peluru peluru dari langit
Nurul Huda Ghazali, Datin – Mamasita Mamamia!; Ariff Art Gallery

O


P
Pahang(at)Blogger.com - pahangblogger; bRAVE hEART
Pang Tsu Ming, Dato' – Pang Tsu Min

Q


R


S
Saifuddin Abdullah, Dato’ – Saifuddin Abdullah
Sala Wan K - You are here / home / salaz
Shamsuddin Hj. Nawawi, Dato’– Small Talk
Shamsuddin Moner, Kapten (B) - SHAMSUDDIN MONER EL-ASKAREY
Snakebite - Dust in the Wind
Suara Adiwangsa
Suhairi Mohamed Hussin - mrkolumpo

T
Ti Lian Ker, Dato’ – LIAN KER PHOTO GALLERY; Ti Lian Ker’s Blog
Teo Wei Sing – Suara Anak Pahang – Perslah Melankolis

U


V
VersedAnggerik - Ahan in the Afternoon

W
Waris Pahang - WARISAN(at)PAHANG
Wan Juhaida Wan Hassan - Aku Dengar Lihat Saksi

X


Y


Z
Zaharuddin Dato' Abdullah - Penulisan Kita Semua & Saudara ZAHARUDDIN BIN ABDULLAH

Indeks Bermula: 17 November 2008
Kemaskini: 31 Dis 08, 3:38 p.m.

Perhatian: Sila sertakan maklumat di ruangan berikut ( Kilik di sini ) untuk menambah blog anda di Indeks Himpunan Blog Pahang. Harap dapat diuar-uarkan kepada semua rakan blogger dari seluruh negeri Pahang Darul Makmur.

Himpunan Blog Pahang: Kategori

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua blogger Pahang,

Kategori bagi Himpunan Blog Pahang adalah seperti berikut:

1. Laman Rasmi
2. Tokoh Politik
3. Umum
4. Kebajikan & Kemasyarakatan
5. Sastera
6. Fotografi
7. Galeri Seni & Lukisan
8. Perniagaan & Perusahaan
9. Pendidikan & Guru
10. Pandangan Politik Tanahair
11. Buku & Penulis
12. Sukan & Rekreasi
13. Permainan Komputer (Games)
14. Kartun & Komik
15. Komputer & Teknologi
16. Keagamaan & Motivasi
17. Pertanian, Perladangan & Penternakan

Maklumat yang diperlukan ialah:-

Jurublog:
Nama Blog:
Alamat URL:
Kategori:

Contohnya:-

Jurublog: Teo Wei Sing
Nama Blog: Suara Anak Pahang - Perslah Melankolis
Alamat URL: http://teoweising.blogspot.com/
Kategori: Sastera

Terima kasih dan salam perpaduan buat semua blogger Pahang!