27 November 2008

Apa sumbangan kita?

Lipis sudah dilanda banjir.
Apakah bentuk sumbangan yang boleh kita semua sebagai anak Pahang usahakan?
Apa kata anda sebagai warga Pahang yang prihatin?
Adakah anda sedia menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan?

6 comments:

Teo Wei Sing said...

Pelangi merupakan lambang kepada keindahan dan sudah tentu segala warna membawa segala bentuk makna yang berbeza, semua ini terpulang kepada tafsiran individu melalui pengalaman dan pengetahuan. Hitam Putih sememangnya bumi tercinta saya, iaitu negeri Pahang, tanah kelahiran.

Saya tidak hairan saudara menyatakan pelangi yang dimaksudkan itu perpaduan kerana dalam buku saya "Suara Anak Pahang" dan buku yang akan datang juga sentiasa menyeru ke arah perpaduan kaum dan patriotisme.

Bukan semua orang menghargai dan mengenali sastera. Saya berasa syukur dengan kehadiran saudara dalam menilai, menyokong dan menyebarkan usaha saya kerana tinggal di bawah bumbung bersama, tanggungjawab perpaduan harus dipikul bersama.

Usaha saudara mengumpulkan blog-blog di Pahang juga dikatakan murni dan harus dipandang serius oleh pelbagai pihak supaya perkongsian isu semasa dan sumber negeri boleh berjalan dengan lebih efisien dan kondusif.

Sekian, salam muhibah!

.@blogger.com said...

SATU USAHA YANG BAIK. HARAP TERUSKAN DAN BERJAYA.

SaKa AdiWangsa said...

Can we join the club? Anyway good effort!

labu said...

bagaimana pula dgn mentakab?
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=207&mode=thread&order=0&thold=0

Teo Wei Sing said...

Salam muhibah!!!

Countdown @ Taman Budaya Negeri Pahang sempena tahun baru 2009 akan berlangsung pada pukul 9pm 31/12/2008... Saya baru menerima khabar yang masih hangat ini daripada Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Negeri Pahang, Encik Mohd Sukarno dan Pengerusi Kelab Teater Rajuk, saudara A.K.Hidayat.

Kali ini, ingin saya melahirkan perasaan kagum dan puja kerana jarang-jarang sekali acara countdown ini berlangsung dalam bentuk yang menjunjung bahasa, seni dan sastera. Untuk perhatian para pembaca blog ini, saya turut diundang sebagai deklamator jemputan dalam acara yang gilang-gemilang ini. Buat kali pertama acara countdown dramatik dan fantastik ini dapat saya dan saudara-saudari saksikan.

Saya juga berbesar hati apabila nama besar artis jemputan seperti Lim Swee Tin, Roslan Madun, Arippin Said, Nor Fazrah, Raja Lawak Pak Tam, Juara Deklamasi Sajak Pahang Azmy Ahamad dan sebagainya akan tampil bersama dengan hadirin yang akan datang. Selain itu, VVIP yang diundang turut akan mendeklamasikan sajak sebelum acara kemuncak countdown...

Semoga majlis countdown ini akan turut diwarnai dengan kehadiran saudara-saudari yang membawa azam baru, demi bangsa dan negara. Datang, jangan tak datang... saudara/ri turut diundang hadir...

Daripada,

Teo Wei Sing

Tandatangan tidak diperlukan kerana helaian ini merupakan cetakan daripada mesin pencetak

Anonymous said...

uikks tak tahanya......

nak terberak!

uuhhh buikk terrsssttt cepolop!

ahhh lega rasanya